nee




Lapar
Mar 8, 2013 | 7:04 PM | (0)

Bayangkan..........Zinger kat atas tu tetiba muncul time kau tengah lapar...........Ya Allah nikmatnya ~~ Seriously aku cakap aku tengah lapar sekarang. aghshsdkfdhjhs. Bukan dekat rumah aku ni takde makanan, tapi aku nak kan Zinger. Haghsdhdksfkjgjsa demand betul kau ni sya. Makan zinger pastu dengan teabag pastu dengan big apple haaa amik ko 5 kg terus naik. 

Okay sebenarnya aku tak tau pe yang aku merepek, mungkin lapar sangat, camtu lah jadinya. Hampir dua minggu tak menaip. Rasa kaku seketika. Belum lagi dua tahun. Ahxhgdfjk ayat nak gebang je. Dalam 2 minggu ni banyaaaaaaaaaaaaaaak benda yang terjadi. Aku pun tak berapa pasti berapa banyaknya sebab banyak. Yang aku pasti lebih dari satu. hahahahahha

First
Aku dah lalui dua hari yang tak-berapa-nak-mengerikan dengan selamat iaitu, UP1 !!!!!! Nampak tak betapa semangatnya aku sampai letak tanda seru banyak-banyak? Nampak tak? Haghaghgd. Exam start 5/3 dimulai dengan kertas tafsir hadis.Tafsir hadis susah sikit. Yang susahnya sebab aku tak baca buku. Bayangkan exam haritu and haritu jugak lah aku hafal semua. Pikir semua boleh masuk ke? Lepas tafsir hadis, Al Quran. Alhamdulillah ade objektif. At least boleh aku main tembak-tembak. Betul salah tu belakang cerita asalkan aku jawab. Surah ade 3. Surah al-lai tu tiba-tiba aku blank ayat ketiga. Cane boleh jadi pun aku tak tahu. Asy-syam pulak aku jawab semua and al-balad aku tinggal satu yang sebelum walisanan wasyafatain . Pastu yang masghobah, makrobah semua tu aku main letak je. Tak ingat duhh. And aku target alquran aku lulus ((harapnya)) . Lepas rehat lak nahu sorof, sumpah cool gila aku tak jawab langsung weh sumpah !! Blank terus bila dapat soalan. lagipun aku tak study langsung en.... Memang dah sah gagal untuk subjek ni. And last paper pada hari itu, sirah. Haaaa yang ini pun ade objektif. Semua aku main hentam je. weskalsklkdihms. Mukesurat akhir sekali, tiba-tiba ada kena buat pasal abu bakar lak an. Memang paling buat aku ah....So, yang ni pun aku target gagal. Keesokan harinya, exam dimulai dengan Feqah Tauhid. Alhamdulillah soalan senang sikit. Tambahan pulak aku dari sebelum exam duk hafal feqah je. Mata pelajaran favourite aku ni ((paling)) lepastu pulak muthalaah. Subjek ni ramai orang bincang. Aku duk hujung sekali tepi aku izzah. Gila ke pe nak bincang dengan izzah. Belakang aku mai. Haaaa, aku bincang dengan mai & basirah. Hohoho.

Second
haritu ada amal islami peringkat sekolah. Sebenarnya, aku sepatut ceritakan benda ni dulu baru up1... tapi takpe lah. hahahs. Aku tak masuk pape pun. Malas & tak berminat. Lagipun cikgu-cikgu firqah abu bakar takde yang paksa pun. hahajhah. Aku duk dekat blok form 2 ((blok kelas aku lettuw)) aku tengok syarahan. Aku nak tengok nasyid senanya, tapi time tu kaki aku sakit. So, tak mampu nak berjalan. Hahaha. Keseluruhan amal islami dimenangi oleh Firqah Ali . Second, FIRQAH ABU BAKAR ((saja capslock sebab tu firqah aku)) Third, Firqah Uthman and last Firqah Umar.

Third
Kedudukan dalam kelas dah lain. Dulu ber3 atau ber4. Sekarang ber2. Ceyy sweet gitu. Nak buat cemana dah dalam kelas aku cuncun 20 laki & 20 perempuan. Aku duk...............dengan Izzati. Tak pernah terdetik nak duk tepi dia senanya... Tapi disebabkan perasaan ingin cuba duk tepi orang yang tak berapa rapat membuak-buak, so aku decide zati duk tepi aku. Belakang aku Basirah.Tepi basirah, iaitu belakang izzati, Maisarah. Depan aku pulak lelaki. Dua-dua tinggi T^T Betul-betul depan aku Naimi ((sejak bila panggil dia naimi pun aku tak tahu)) tepi dia pulak Iqbal. Hahahahahhaha. Entahlah.

Wallahuallam. Assalamualaikum *senyum*