nee




Entah.
Jan 31, 2014 | 4:19 PM | (0)
Masa mematangkan usia. Apa yang pernah berlaku, biarkan ia berlalu. Tak boleh nak kenang lebih lebih nanti leleh tak pasal-pasal. Benda dah tak boleh nak ubah. Qada' & qadar. Apa yang jadi harini, kita tetap kena teruskan.

Bersyukur dengan hidup sekarang. Ada lagi yang sanggup dengar bebelan aku. Ada lagi yang sanggup tumpangkan bahu. Walaupun hakikatnya aku menantikan org lain yg jadi mcm tu.

Manusia. Berubah. Normal. Bila dah berubah semua jadi lain kot. Dia punya lain tu, lain mcm. Dulu rapat, rapat sangat. Tiba tiba jadi stranger. Dari dulu benda tu paling aku takut. Tapi benda tu jugak lah yg aku selalu kena. Dah biasa.

Dulu, aku kenal kau. Mcm mana kenal pun tak tahu. Kita tak sama sekolah. Jumpa pun tak. Kita rapat. Bila aku sedih je mesti kau yang selalu ada untuk aku. Pastu dulu aku tunggu kau balik asrama pastu selalu merapu dengan kau. Dulu weh hahaha dulu. Sekarang kau dah hilang. Kau dah jauh dari aku. Kau dah tinggalkan aku. Aku tak tahu kenapa. Tapi aku tahu, semua benda yang terjadi ada hikmah dia.

Sebab kadang kadang tu bukan mudah nak lupakan orang yang pernah rapat dengan kita.
Sebab kadang kadang tu terpaksa pura pura gembira walaupun hati tengah derita.
Sebab kadang kadang dalam diam orang lagi suka tengok kita bersedih dari bergembira.
Sebab kadang kadang nak cakap tu mudah nak buat tu yang payah.
Sebab kadang kadang tu orang yang kau sayang tu la orang yang akan tinggalkan kau.
Sebab tu, orang cakap. Kalau nak sayang jangan lebih-lebih.

& Sebab aku rasa macam nak tinggalkan samsmel. Dah give up kot. Give up dikelilingi orang yang fake. Aha-ha. Tapi bila nak give up tu mesti fikir balik, dah dua tahun aku dekat samsmel. Dua tahun yang penuh dengan suka & duka. Dua tahun yang penuh dengan tangis & tawa. Dua tahun aku dapat survive dekat sekolah yang dulu aku memang tak nak. Mana mungkin la nak tinggalkan macam itu je. Mana mungkin aku nak pergi jumpa pengetua senyap senyap pastu terus pindah macam tu tinggalkan aliya mai bas izzah semua tu. Mana mungkin..........

"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"

May Allah ease everything aamiin