nee




+-
Feb 17, 2014 | 7:26 PM | (0)
Aku tak pernah pun berharap yang aku kenal kau. Kita kenal ni pun secara takdir. Padahal dulu memang kita stranger. Aku tak tahu langsung pun kewujudan kau.
Tak pernah juga tahu pasal kau. Siapa kau. Tak pernah nak ambil tahu masa silam kau. Tak pernah kisah.

Tak pernah minta kau kisah pasal aku. Tak pernah minta kau dengar cerita aku. Tak pernah minta kau ambil berat tentang aku. Ada kau dekat situ, pun dah cukup untuk aku.

Tapi sekarang kita dah macam stranger balik. Kau dengan hidup kau. Aku dengan hidup aku. Tapi aku tak kisah, cukup lah dengan conversation lama yang dapat buat aku senyum sorang sorang.

Kadang kadang bila baca balik rasa nak tampar diri sendiri. Kenapa entah annoying sangat. Kenapa entah kau baik sangat. Tapi bila baca semula macam sedih pun ada. Sedih sebab apa pun tak tahu. Sebab rindu la kot.

Kan best kalau dapat pusingkan semula masa........

---

Tapi apa apa pun, goodluck in ur whole life. Solat jangan tinggal. Buat apa yang Allah suruh. Jadi hamba Allah yang soleh. Jadi anak yang taat ibubapa. Jadi adik & abang yang baik. Jadi anak murid yang dapat dijadikan contoh. Jadi kawan yang baik. May Allah bless you. May Allah protect you wherever you are & whatever you do. Goodluck & all the best untuk spm. Buat yg terbaik. Banggakan ur parents. Terima kasih untuk semua kenangan tu. Mekasih bebanyak. Apa apa pun jaga diri elok elok. Hahaha. Kenangku di dalam doamu ceyy. Moga sentiasa di dalam jagaanNya ;)

---

Hahaha entah lah aku ni. Rindu? Sikit. Eh. Sikit-lah-sangat. Tapi, kalau rindu banyak pun bukan dapat buat apa. Bukan dapat ubah keadaan jadi macam dulu pun. Ahaha. Takpelah. Benda dah lepas jangan dikenang. Cehhh. Konon konon taknak kenang je padahal leleh gak bila teringat balik. Ok lupakan lupakan. Aha. Trying to.