nee




;
May 7, 2014 | 11:43 PM | (0)
Kalau aku tahu kita berakhir macam ni, aku tak nak pun kenal kau. Takkan pernah nak weh. Tapi aku tak tahu semua jadi macam ni. Semua berlaku cepat sangat. Cepat nya weh kau lupakan aku. Cepat sangat weh. Macam aku tak pernah wujud langsung dalam hidup kau. Sungguh la kalau aku tahu semua nak jadi macamni, aku takkan nekad nak kenal jugak dengan kau.

Tapi, macam ni lah ending dia. Kau bahagia dengan hidup kau. Macam mana kau bahagia pun aku tak tahu. Cepat betul kau lupakan semua tu. Tapi aku… Masih stuck dekat semua kenangan yang ada. Masih tak boleh nak move on walau dah berkali kali paksa.

Dan sampai sekarang, aku tak tahu kenapa aku masih pilih untuk menunggu. Tunggu something yang aku rasa takkan berlaku sampai bila bila. Tunggu kau rindu aku balik. Eheh.

Aku belajar untuk redha, tapi bila jadi macamni. Entah lah weh. Susah betul aku nak terima hakikat. Terima hakikat yang kau dah pergi dari hidup aku. Terima hakikat yang kita dah jadi stranger balik. Susah weh.

"Redha tu, bila kita ikhlas. Ikhlas menerima, berlapang dada. Sangka baik dengan Allah. Itu sebenarnya yang orang duk kata move on. Bukan maksudnya terus melupakan, tapi bila mula faham yang setiap yang berlaku tu takkan terjadi dengan sia sia"

When someone's happiness is ur happiness, it's love. Aku suka tengok kau bahagia. Sebab bila kau bahagia, aku pun turut bahagia walaupun ada serpihan serpihan kesedihan acewah. And yes, we love someone not because we want them to love us back in return, but by loving them, we feel happy. Dan aku tak boleh nak menidakkan benda tu. Hahaha aduiii. Rindu pulak eish. Missing someone isnt a crime, kan? ☺